KESAN PENCEMARAN AIR

    
Kesan kepada Individu/Masyarakat 

Pencemaran air memberikan kesan kepada penduduk di alam ini. Kesannya ialah manusia akan dijangkiti pelbagai penyakit . Hal ini demikian kerana, air sungai yang tercemar oleh sampah sarap atau sisa buangan dari kilang yang dibuang ke dalam sungai .Sesetengah , individu tidak mampu menaggung kos kehidupan lalu terpaksa menggunakan air sungai sebagai sumber bekalan air yang utama . Mereka lebih cenderung untuk mendapat penyakit dari sumber air sungai yang kotor. Tambahan pula, sungai yang tercemar akan mendedahkan orang ramai kepada risiko penyakit termasuklah kanser akibat kandungan merkuri yang tinggi daripada sungai yang tercemar. 

 
Kesan kepada alam sekitar & negara 

Seterusnya, pencemaran air akan menjejaskan keindahan alam . Pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia pada masa kini terjejas. Pantai,laut atau sungai  yang dipenuhi dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Keadaan air laut ataupun sungai akan menjadi busuk . Perkara ini akan memberi impak kepada sektor pelancongan juga. Jika laut atau pantai tercemar , pelancong akan tawar hati untuk ke negara kita malah menjejaskan ekonomi negara juga. Negara juga akan terjejas kerana kerajaan perlu menanggung kos kerugian dan pembersihan bagi menangani masalah pencemaran. Kos ini boleh mencecah jutaan ringgit. Secara tidak langsung, ekonomi negara turut terbantut kerana kerajaan perlu mengeluarkan dana asing untuk membasmi pencemaran. 

 Kesan Kepada Hidupan di Lautan 

Selain itu , kesan pencemaran sungai menyebabkan hidupan akuatik terutamanya ikan, udang, sotong dan ketam mati. Hal ini demikian kerana, pertumbuhan plankton terbantut disebabkan air yang tercemar. Kekurangan hidupan air tersebut pastinya akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan yang sering bergantun pada sumber laut atau sungai. Impaknya, penderitaan nelayan meningkat, malah ada yang terpaksa mencari pekerjaan yang lain bagi menampung kehidupan mereka. Orang ramai pula akan kehilangan sumber protein ekoran kekurangan hidupan akuatik yang menjadi pembekal protein kepada manusia. 




Kesan kepada kualiti air 


Akhirnya pencemaran air  memberi  kesan kepada kualiti air.  Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan  dengan  mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain.  Bahan- bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman.  Hal ini  memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Air yang diambil perlu  ditapis atau dimasak terlebih dahulu .Oleh itu , penjagaan air amat  penting agar manusia mempunyai sumber bekalan air yang bersih .














    sumber gambar : Google Images 






    Tips Musim Panas & Elakkan Daripada Stroke Haba



    1.) Banyakkan minum air kosong ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
    2.) Guna kipas/pendingin hawa untuk menyejukkan badan 
    3.) Hadkan aktiviti di luar rumah
    4.) Pakai losyen UV 
    5.) Kurangkan minuman kafein/alkohol/bergula
    6.) Pakai pakaian berwarna terang seperti warna putih
    7.) Jangan duduk di dalam kereta yang tidak dihidupkan enjin
    8.) Minum minuman isotonik seperti 100 Plus
    9.) Gunakan topi/payung untuk melindungi daripada sinaran cahaya matahari