FORM 6 (STPM) : Adakah pilihan yang tepat ? Masih keliru ? Let me share !

 

p/s : while writing my blog , I guna manglish (Malay + English)

Hi everyone, I nak share about my experience semasa tingkatan 6. Honestly, being in form 6 ni bukanlah my first choice tetapi tak dirancang. Pada asalnya, I target nak masuk asasi tapi tak ada rezeki. Then dapat offer diploma. Unfortunately, course diploma tu I tak minat and agak berat untuk terima offer tu. Then, my sister suddenly suggest me untuk masuk form 6. Waktu tu memang tak tahu nak pilih yang mana satu, sama ada diploma atau STPM. Tapi selepas nasihat oleh guru & family, I decided nak pilih form 6 . And guess what my gerak hati kuat untuk continue form 6. Jadi , I pun masuk form 6 walaupun ramai gila (even dekat sosial media) cakap STPM ni antara yang paling susah.

Untuk pengetahuan semua, STPM mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara iaitu pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England. Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum, mereka layak memohon untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. STPM merupakan salah satu peperiksaan paling sukar di dunia. (Afterschool https://afterschool.my/bm/berita/stpm-sukar-fakta-atau-mitos )

 Bila ramai yang cakap STPM ni susah gila, mulalah I rasa takut & nervous . waktu tu memang kena fikir betul-betul untuk teruskan atau berhenti form 6. Tetapi, I memang tekad untuk teruskan STPM ni. Even my family support my decision.

Jadi, bermulalah my life in form 6. Apabila masuk form 6 ni, kita boleh pilih aliran mana yang kita nak. Kebanyakan sekolah akan tetapkan set aliran untuk kita pilih. For the example, this is my school punya aliran for form 6 :

 

 ALIRAN KEMANUSIAAN

Set 1 : Pengajian Am + Bahasa Melayu + Sejarah + Ekonomi

Set 2 : Pengajian Am + Bahasa Melayu + Sejarah + Perniagaan

Set 3 : Pengajian Am + Bahasa Melayu + perniagaan + Ekonomi

And same goes to aliran sains tulen, ada 3 set juga but I tak ingat. For your information, Pengajian Am adalah subjek wajib STPM.  Set subjek ni depends on sekolah masing-masing. Like my school, student form 6 sikit sahaja, so just ada yang ini saja. Selalunya subjek STPM yang banyak option ada di Kolej Tingkatan Enam. Koleh Tingkatan Enam ni maksudnya sekolah tu semua pelajar tingkatan 6. Tak bercampur ye dengan pelajar tingkatan lain. My school ni SMK which is campur student from form 1 until form 6.

I pilih set 1. Ada 4 subjek STPM. Oh ya lupa nak inform, best part bila masuk form 6 ni, automatik akan belajar Malaysian University English Test (MUET). MUET ni wajib ada sebagai kelayakan nak sambung degree di Universiti. So, I belajar 5 subjek di tingkatan 6. Jangan confuse ya MUET tu. MUET ni wajib ambil tetapi result MUET ni asing daripada result STPM. Maksudnya, slip result exam STPM akan terpapar 4 subjek yang kita ambil. Meanwhile, slip result MUET akan ada MUET sahaja.

STPM akan ada 3 semester. Jadi tempoh pengajian adalah 1 tahun 6 bulan. Semasa sem 2 dan 3 akan ada kerja kursus (KK). KK ni carry mark ye. STPM punya gred ala-ala universiti gitu. Setiap sem kena buat betul-betul agar pointer elok. KK pun sama, make sure buat elok-elok. Jangan la ambil ringan about KK ni. 

At first bila tengok perlu belajar 4 subjek je, I macam “oooh ok la ni , tak banyak macam SPM”.  But I was wrong hahahaaha. Susah ya even 4 subjek. Silibus memang banyak. Especially, kalau ambil Sejarah L. But I honestly enjoyed belajar sejarah. Best part is ada cikgu yang akan guide student dari awal. So, tak ada la student tu keliru atau "blur". I belajar in Malay sebab aliran kemanusiaan. I pun slowly dah boleh catch up dengan silibus and cara jawab soalan. Memang best tau bila dah ok dengan form 6 ni. Semasa sem 1, belum ada KK. Hanya ada peperiksaan bertulis sahaja. Jadi start sem 1 dah kena serius and buat betul-betul. Sebab once you all dah ada kerja kursus, i am very sure masa nak study sangat limited! Waktu tu mula lah rasa stress and menyesal sebab main-main. 

Alhamdulillah, my sem 1 result was  unbelievable. I got 3.50! And untuk pengetahuan semua, kalau result sem 1, 2 or sem 3 tak memuaskan. Pelajar boleh repeat untuk menduduki exam itu semula. Student can choose any subject yang dia rasa tak memuaskan. Setiap satu subjek yang nak ulang kena bayar RM 50.  Lupa nak tulis, bila masuk form di sekolah kerajaan, student tak perlu bayar untuk menduduki STPM. Just bayar yuran PIBG sekolah. That's why la student kena buat betul-betul semasa kali pertama jawab exam. Apabila nak jawab untuk kali ke dua which is repeat paper, memang kena bayar ya. No free exam for repeat paper. Jadi rugi la, kalau tak buat betul-betul untuk 1st time tu. 

Perhaps, untuk repeat paper, student akan jawab exam pada hujung tahun which is one or two week after exam sem 3. Depends on your jadual ulangan. Kadang-kadang gap antara exam sem 3 dengan exam ulangan less than a week. So that's why la try your best to avoid ulangan. But i pun ada ambil exam ulangan juga and it's quite stressful sebab kena pandai bahagikan your time. I repeat 4 subject ( 1 subject for Sem 1 and 3 subjects for Sem 2,hahaha) Because during sem 2, i tak pandai bahagikan masa plus ada banyak kerja kursus & akviti sekolah especially aktviti koko. So yeah, i punya result exam for sem 2 teruk gila . I got 1.84 ( BELOW THAN 2.00 WHICH IS HORRIBLE) Lepas incident result teruk ni, memang i tekad untuk berusaha and struggle a lot. 

Finally, guess what I MADE A RIGHT DECISION TO BE IN FORM 6 UNTIL THE END. I got 3.75 for my STPM result. And now I'm doing my degree at UPM. I am so thankful for that. 

This is my whole result for STPM : 





Kalau ada student STPM or anyone yang nak tanya about STPM ni, just comment down below. I am so happy to help everyone. Actually, i nak share banyak lagi about STPM, insyaallah if i sempat, i nak share my journey setiap semester. Because jujurnya ada naik turun during my form 6 life.



5 comments:

  1. Sejarah fokuskan lebih pada soalan tak naik lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah just fokuskan soalan yang tak pernah naik lagi ...am i right? Tq ☺️

      Delete
    2. Ya betul tu. Fokus kepada topik yang belum naik. Sebab saya pun just baca topik yg belum naik.. 😇

      Delete
  2. Replies
    1. Sebenarnya tak susah sebab kita akan diajar oleh cikgu muet sepanjang form 6. Kalau basic english Ok, nanti muet tak akan jadi masalah. Yang penting bila nak jawab muet, wajib ikut format muet. Buat laithan setiap masa dapat membantu menguasai muet. 😁

      Delete